Kembali Mencari Fitrah Diri

Kekuatan Jiwa daya Kemantapan Fizikal dan Minda

Sabtu, 23 April 2011

Nilai Amanah -penjelasan 1

      Segala yang kita miliki atau kita punyai dan diakui kita sebagai pemiliknya samada dari perakuan undang-undang atau perakuan mutlak persetujuan antara beberapa pihak ianya masih lagi berupa perkara yang diamanahkan untuk diuruskan kerana selepas hayat kta terlucut dari badan segalanya akan beralih arah kepada orang lain. Hakikat ini menjadi satu kemestian kerana tidak semua perkara mampu kita amanahkan kepada orang lain untuk turut disemadikan bersama kita apabila tiba saat kematian kita kelak. Yang pasti semua hak ituakan dikatakan sebagai warisan atau tinggalan dan lebih di kenali sebagai pusaka yang perlu ditadbir urus oleh orang lain pula.

     Dalam ertikata yang lain amanah adalah satu dari aspek nilai murni yang bertaut kepada konsep sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan orang lain. Lantaran itu amanah menuntut kepada kesediaan individu untuk bertanggungjawab kerana sikap ini akan memberikan penilaian orang lain terhadap kemampuannya dan kebolehpercayaan mereka terhadap individu tersebut. Adalah mustahil orang yang betanggungjawab dalam setiap tugasannya akan diragui atau disangkal tentang nilai amanah yang diamalkannya..dalam erti kata lain sikap bertanggungjawab itu sebenarnya telah mengundang kepercayaan orang lain kerana keupayaannya memikul segala amanah yang telah diberikan.

     Sifat Amanah adalah salah satu dari sifat yang wajib bagi rasul yang dipilih oleh Allah sebagi utusannya untuk menyebarkan tentang ketinggian dan kesucian islam sebagai hanya satu-satunya agama yang benar dan mutlak untuk setiap umat manusia di muka bumi ini. Lantaran sifat Amanah ; salah satu sifat wajib bagi rasul ini amat penting sebagai kunci untuk mengundang kepercayaan manusia  bagi meyakini bahawa setiap seruan yang dibawa itu adalah kebenaran. Para Rasul  bersikap amanah; atas arahan dan petunjuk dari Allah bertangggungjawab memberitahu segala kebenaran tentang ajaran agama samawi yang maha suci dan menyeru manusia meyakini bahawa Allah adalah sebenar-benarnya tuhan yang layak disembah dan setiap manusia mesti memperhambkan diri kepadanya. Oleh kerana sikap amanah yang ditunjukkan oleh para rasul , pengikut yang setia tidak berbelah bagi untuk meyakini kebenaran ajaran tersebut meskipun golongan penentang terus terusan mencaci dan memperlehkan ajaran dibawa. Ianya terbukti dalam satu situasi Nabi Muhammad  S.A.W telah dipersetujui untuk menghakimi tentang pertelingkahan berkaitan kelayakan meletakkan Hajarul Aswad ditempatnya semula. Pemilihan ini dipersetujui kerana setiap mereka mengakui bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah orang yang paling amanah sekali.

        Dalam situasi ini, Jelas dan terbukti , nilai amanah adalah nilai murni yang sewajarnya dihayati dan dan disepakati untuk terus di pertahankan demi menjaga keamanan dan keharmonian dalam kelangsungan hidup umat manusia di muka bumi ini.