Kembali Mencari Fitrah Diri

Kekuatan Jiwa daya Kemantapan Fizikal dan Minda

Rabu, 10 Ogos 2011

Ramadhan : Ujian dan Kemenangan

        Ramadhan hari ini telah melepasi jarak waktu yang tidak akan kembali lagi sampai bila-bila..Sudah menjadi lipatan sejarah dan bergembiralah hamba yang penuh ketabahan melaluinya semata mata mencari redha Allah.

        Namun untuk yang ditimpa uzur dan diringankan untuk meninggalkannya masih ada kesempatan dilain masa untuk menggantikannya..

        Tetapi amat malang bagi mereka yang punya tenaga dan kehebatan tubuh badan yang tiada cacat cela dan berakal sempurna; atas desakan nafsu telah melepaskan peluang yang tidak ternilai harganya; meninggalkan puasa tanpa apa-apa uzur dan alasan yang mengharuskannya..semata-mata menurut arahan nafsu yang tidak mampu dibendung meskipun ini adalah arahan dari Allah yang maha berkuasa atas segala-galanya.

Rabu, 27 April 2011

Perkongsian Hikmah- Nilai amanah

renungkan situasi berikut:

Samarudin adalah seorang pekerja yang terlibat dengan tugasan untuk membekalkan minuman ke dalam vendor mesin. Tugasannya tidaklah seberat mana tetapi beliau terpaksa mengulangi kerja yang sama berulangkali kerana jualan dari mesin tersebut sangat laris. Lokasi mesin yang diletakkan dikawasan kilang membuat kenderaan tersebut menjadi tumpuan pekerja kerana jarak untuk ke kantin agak jauh tambahan pula mereka terpaksa beratur menunggu minuman disiapkan.Hasil jualan amat memberangsangkan dan syarikatnya telah memperolehi keuntungan yang amat lumayan.

Dalam keadaan tertentu, samarudin terpaksa membaiki sendiri mesin tersebut sekiranya rosak atau gagal berfungsi. Pihak syarikat meletakkan sepenuh kepercayaan kepada beliau untuk menguruskan mesin tersebut kerana jarak pejabat ke lokasi tersebut agak jauh. Semasa memabiki kerosakan mesin tersebut , beliau sering menemui kepingan duit syiling yang terlekat atau tersangkut di dalam mesin tersebut.

Situasi begini memberinya kesempatan untuk mengambil duit tersebut kerana tiada siapa yang mengawasi dan memerhati tindakan beliau, tambahan pula wang tersebut tidak dicatatkan pada jumlah kutipan yang direkodkan oleh mesin tersebut.

Pada masa yang sama, beliau sering mengalami masalah kewangan kerana terpaksa menunggu gajinya dibayar pada hujung bulan. Manakan tidak,beliau terpaksa menanggung kos makan dan minum serta kos ulang alik ke tempat kerja disamping itu terpaksa membayar tol dengan duit sendiri sebelum boleh dituntut dari pihak syarikat. Pada masa tertentu , kenderaan yang digunakan mengalami kerosakan dan perlu dibaiki dngan segera. Keadaan ini memberi tekanan kepada beliau. Pihak syarikat pula tidak membayar bayaran lebih masa dan hanya memberi komisen kutipan jualan air mesin minuman tersebut.

Sebagai seorang pekerja dan tekanan yang dihadapi, ada masanya beliau terpaksa menggunakan duit yang tersangkut tersebut tanpa pengetahuan pihak syarikat.

Apakah pandangan anda?
Bagaimanakah anda menilai tindakan Samarudin ?
Pernahkah anda mengalami sitausi seperti ini? apakah situasi tersebut ?
Adakah ini salah satu punca berlakunya amalan pecah amanah?
Wajarkah syarikat tersebut bersikap lepas tangan sedangkan tanggungjawab
tanggungjawab menjaga pekerja adalah tanggungjawab syarikat?

contoh amalan nilai amanah

Bersikap amanah terhadap anggota keluarga adalah satu kemestian yang pelu dilaksanakan oleh setiap anggotanya demi menjamin kelangsungan perhubungan yang harmoni dan membentuk keluarga yang sejahtera.

Salah satu contoh amalan amanah yang mesti diutamakan ialah melaksanakan tugasan yang telah diarahkan oleh ibu bapa dengan penuh tanggungjawab. Tugasan tersebut bukan bermakna tugasan semasa yang telah diarahkan tetapi meliputi semua tugasan rutin harian yang telah ditentukan sebelumnya. Tidak perlu ibubapa mengulangi setiap arahan pada sepanjang masa. Kesedaran menunaikan amanah tersebut sewajarnya bermula dari kesedaran diri sendiri.

Amalan nilai amanah bersama rakan sebaya pula adalah satu kemestian yang harus dilaksanakan. Rakan sebaya selalunya menjadi tempat rujukan untuk kita berkongsi masalah dan saling berkongsi pengalaman . Rakan sebaya adalah manusia yang penting dalam hidup kita selain dari anggota keluarga kita sendiri.

Menyimpan rahsia rakan sebaya seperti yang diamanahkan adalah salah satu contoh amalan nilai amanah yang harus di laksanakan. Kesanggupan rakan kita untuk berkongsi masalah yang menjadi rahsia dirinya adalah bukti betapa besarnya harapan mereka kepada diri kita. Sewajarnya kita menyimpan rahsia tersebut kerana perkara yang menjadi rahsia adalah perkara boleh menjejaskan peribadi rakan kita seandainya kita membocorkan kepada orang lain. Kita tidak mahu rahsia diri kita diketahui oleh orang lain ,begitu juga dengan rakan kita mereka juga mahukan kita bersikap demikian.

Bersama ahlimasyarakat juga dalah sebhagian dari keperluan hidup kita. Kita perlu bergaul dengan mereka dan berkongsi serba sedikit keseronokan atau kesediahan yang kita atau mereka alami.Masyarakat yang sejahtera akan sentiasa hidup dalam suasana berganding bahu , hati nyamuk sama dicicah, daging gajah sama dilapah.Bertanggungjawab menjaga keselamatan diri sendiri dan jiran disekeliling kita adalah satu tanggungjawab mulia andainya kita mampu melaksanakannya dengan ikhlas dan baik. Sebagai contoh ,ketika jiran kita tiada di rumah ,kita boleh melaksanakan tanggungjawab mengawasi rumah mereka dari sebarang cubaan untuk mencuri atau cubaan jenayah lain.

Bersikap amanah mencerminkan peribadi diri kita demi mendapat kepercayaan dari orang lain. Kepercayaan yang diberikan oleh lain perlu dilaksanakan sebagai tanggungjawab demi menjag maruah diri dari dpandang hiina dan dicaci.

Selasa, 26 April 2011

Amanah - penjelasan 3

             Apakah kesan kepada kehidupan manusia sekiranya nilai amanah diabai dan dipersendakan? sudah tentu tidak wujud lagi soal memberi kepercayaan kepada orang lain untuk melaksanakan sesuatu tanggungjawab dan tidak mungkin ada orang yang sanggup menerima tanggungjawab tersebut kerana tidak wujud sikap saling percaya mempercayai. Apakah ukuran yang paling utama dalam membuat keputusan? Sudah tentu untuk mengambil sesuatu langkah yang mana ada kepentingan untuk diri sendiri dan juga pastinya melibatkan ornag lain.Mana mungkin dapat memngambil sesuatu keputusan dengan saksama sekiranya batas kepercayaan diri kepada orang lain masih kabur dan ragu. Hasilnya masyarakat akan jadi porak peranda dan jaminan keselamatan seakan sudah tidak terdapat di mana-mana.

              Kesan yang paling serius ialah ianya akan merosakkan satu sistem sosial dan nilai keutuhan sesebuah masyarakat kerana tiada siapa akan mempercayai kepada orang lain andainya nilai amanah bukan lagi nilai yang dijunjung atau diletakkan pada keutamaan yang tertinggi. Pegawai yang rasuah kerana pelanggan percaya untuk memudahkan sesuatu dengan memberi ganjaran dan pegawai pula percaya semua orang yang berurusan dengannya pasti akan melakukan yang sama. Hasil yang tidak disedari , satu budaya dalam masyarakat telah mula berakar dan bakal merimbun seterusnya akan bertunjang dan membiak hinggakan sukar untuk dihapuskan.

              Kesan kepada sesebuah negara yang masih lagi menganggap bahawa nilai amanah adalah nilai murni yang unggul tetapi mengambil sikap sambil lewa dalam penguatkuasaannya akan menjerumuskan negara tersebut kearah kehancuran dalam pelbagai aspek terutamanya kewangan dan paling utama sekali melibatkan soal keselamatan sesebuah negara. Seorang pemimpin yang bertindak membawa maklumat penting negara kepada pihak luar yang berkepentingan atau dalam ertikata lain bertindak khianat dan tidak amanah bakal mengundang bahaya yang amat besar kepada jutaan rakyat dan generasi seterusnya dalam negara tersebut pada masa akan datang. Jangan jadikan alasan yang terlalu dangkal dan rendah tahap inteleknya untuk membinasakan negara sendiri hinggakan sanggup bersekongkol dengan pihak yang tidak selayaknya untuk dilayan dan di hormati.

               Keperibadian unggul seorang manusia yang sentiasa mendapat kepercayaan orang lain ialah tentang sikap amanah yang ditunjukkan kepada orang lain. sesiapapun pasti mengakui akan ketinggian peribadi orang bersikap amanah. Mereka tidak akan ragu bimbang untuk terus meletakkan kepercayaan kepada individu tesebut tanpa mengira betapa banyak nilai atau harga kepercayaan yang disandarkan. Hatinya tetap tenteram kerana keyakinan tentang sikap amanah orang tersebut mampu melebihi batas keraguan yang sudah dihitung.

              Amanah yang dipikul adalah kepercayaan yang dijunjung dari orang lain, bukan untuk kepentingan diri tapi menjaga maruah diri dari dicaci dan dikeji. Pasti ada ganjaran yang menanti kalau bukan didunia ini,,ingatlah Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui.

             

Isnin, 25 April 2011

Amanah- prinsip untung rugi

Untung Dan Rugi 
  
Persimpangan saling unjur pilih dua benda
tawa duka kaya lara papa kedana musibah duka
namun fikir masih keliru
jalan buntu gantung pada perlu 
waktu itu

andai ada gelora dijiwa
setitis rasa takut disimbah hujanan  serakah
pasti apa dimata diragut jua
meski dalam nadinya mengalir 
sesal bebal dosa murka hina celaka
tebal jua nafsu beraja
peduli apa.. hentam sahaja

 sedang masih ada seorang orang
tidak sejentik menggugat maruah diri
biar disana sejuta dinar emas terperi
rasa taqwa bersantun di hati
syurga harga maruah redha tuhannya
masih menguntum harum serba wanginya

kalau amanah bertunjang hati
sekujur budi baal bersaksi
hidup indah dunia ini
sesuci syurga firdausi


badin 25/4/2011 

 

Amanah -Penjelasan 2

             Kepentingan Amalan nilai amanah dalam kehidupan berkait rapat dengan keharmonian dan ketenteraman  jiwa , keselamatan harta benda, maruah dan kemakmuran hidup sejagat manusia didunia ini. 
             Nilai amanah sewajarnya menjadi nilai yang terunggul untuk diamalkan dan dihayati oleh setiap individu walau dimana sekalipun mereka berada tanpa mengira status dan taraf kedudukan atau kuasa yang boleh dimanipulasi untuk pentingan diri sendiri. Keadaan menyedari bahawa amanah adalah tanggungjawab yang perlu ditunaikan untuk menimbulkan kepercayaan orang lain, setiap individu pasti akan merasa bersalah atau sekurang-urangnya menyesal, andainya tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik.Keharmonian jiwa dan ketenteraman hidup bersama orang lain serba sedikit akan tergugat lantaran bimbang sikap tidak amanah tersebut akan menjerat diri sendiri bila ianya terbongkar. Bilamana seorang penjawat awam terlibat dalam salahlaku rasuah, pastinya jiwa dan hatinya tidak tenteram, bertimbal balik antara rasa bersalah dan takut.sedangkan pada hakikatnya dia sudah mengetahui , tindakan tersebut memang salah dan keji. 
               Secara umumnya sikap amanah menjurus kearah pembentukan peribadi yang harmoni dan tenteram meskipun dalam kadaan tertentu mreka terpaksa mengorbankan keinginan shahwat sendiri. Berpegang kepada nilai amanah ini sebenarnya satu ujian atas nilai keimanan dan keyakinan kepada ganjaran dan balasan dari Allah, tuhan sekelian Alam.Pada ajaran agama yang lain, nilai amanah diberi penekanan yang tinggi dan individu yang berpegang kepadanya di tempatkan sebagai orang mulia dan terpuji.Nilai amanah memupuk kesedaran bahawa perintah dan larangan dari Allah seperti yang diunjurkan oleh islam adalah mutlak , perlu dipatuhi dan taati oleh penganutnya tanpa rasa berbelah bahagi dan jauh sekali dari rasa ragu walau sebesar zarah pun melekat dihati. Amanah sebagai khalifah yang bertanggungjawab menguruskan kehidupan dan kesejahteraan dunia ini aan dinilai dan diberi balasan diakhirat nanti. 
               Pemimpin-pemimpin  besar dalam sejarah perkembangan islam telah membuktikan bahawa kejayaan hidup mereka , kehebatan peribadi dan kecemerlangan pemerintahan berpaksi kepada nilai amanah. Mereka mampu mengasingkan antara keperluan diri dan amanah kepada agama serta negara pada setiap ketika walaupun mempunyai peluang untuk mengambil bahagian tertentu bagi kepentingan kehidupan diri sendiri. Kegemilangan syiar islam begitu hebat . Kerajaan islam digeruni oleh oleh setiap musuh dan di hormati oleh rakan dan taulan . 

                                 

Sabtu, 23 April 2011

Nilai Amanah -penjelasan 1

      Segala yang kita miliki atau kita punyai dan diakui kita sebagai pemiliknya samada dari perakuan undang-undang atau perakuan mutlak persetujuan antara beberapa pihak ianya masih lagi berupa perkara yang diamanahkan untuk diuruskan kerana selepas hayat kta terlucut dari badan segalanya akan beralih arah kepada orang lain. Hakikat ini menjadi satu kemestian kerana tidak semua perkara mampu kita amanahkan kepada orang lain untuk turut disemadikan bersama kita apabila tiba saat kematian kita kelak. Yang pasti semua hak ituakan dikatakan sebagai warisan atau tinggalan dan lebih di kenali sebagai pusaka yang perlu ditadbir urus oleh orang lain pula.

     Dalam ertikata yang lain amanah adalah satu dari aspek nilai murni yang bertaut kepada konsep sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan orang lain. Lantaran itu amanah menuntut kepada kesediaan individu untuk bertanggungjawab kerana sikap ini akan memberikan penilaian orang lain terhadap kemampuannya dan kebolehpercayaan mereka terhadap individu tersebut. Adalah mustahil orang yang betanggungjawab dalam setiap tugasannya akan diragui atau disangkal tentang nilai amanah yang diamalkannya..dalam erti kata lain sikap bertanggungjawab itu sebenarnya telah mengundang kepercayaan orang lain kerana keupayaannya memikul segala amanah yang telah diberikan.

     Sifat Amanah adalah salah satu dari sifat yang wajib bagi rasul yang dipilih oleh Allah sebagi utusannya untuk menyebarkan tentang ketinggian dan kesucian islam sebagai hanya satu-satunya agama yang benar dan mutlak untuk setiap umat manusia di muka bumi ini. Lantaran sifat Amanah ; salah satu sifat wajib bagi rasul ini amat penting sebagai kunci untuk mengundang kepercayaan manusia  bagi meyakini bahawa setiap seruan yang dibawa itu adalah kebenaran. Para Rasul  bersikap amanah; atas arahan dan petunjuk dari Allah bertangggungjawab memberitahu segala kebenaran tentang ajaran agama samawi yang maha suci dan menyeru manusia meyakini bahawa Allah adalah sebenar-benarnya tuhan yang layak disembah dan setiap manusia mesti memperhambkan diri kepadanya. Oleh kerana sikap amanah yang ditunjukkan oleh para rasul , pengikut yang setia tidak berbelah bagi untuk meyakini kebenaran ajaran tersebut meskipun golongan penentang terus terusan mencaci dan memperlehkan ajaran dibawa. Ianya terbukti dalam satu situasi Nabi Muhammad  S.A.W telah dipersetujui untuk menghakimi tentang pertelingkahan berkaitan kelayakan meletakkan Hajarul Aswad ditempatnya semula. Pemilihan ini dipersetujui kerana setiap mereka mengakui bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah orang yang paling amanah sekali.

        Dalam situasi ini, Jelas dan terbukti , nilai amanah adalah nilai murni yang sewajarnya dihayati dan dan disepakati untuk terus di pertahankan demi menjaga keamanan dan keharmonian dalam kelangsungan hidup umat manusia di muka bumi ini.

Ahad, 2 Januari 2011

kepercayaan kepada tuhan

Setiap insanyang dilahirkan di dunia ini dan di anugerahkan ksempurnaan akal pasti akan terdetik didalam jiwanya ..dari manakah asal usul penciptaan dirinya..kerana setiap sesuatu yang bersifat baru perlu ada pencipta dan kuasa yang mengadakannya..

lantaran kesedaran itu ..manusia atas sikap dan sifat berakal dan mampu membuat pertimbangan semestinya mengakui kewujudan pencipta mereka..cuma beberapa golongan yang dangkal mudah mengakui bahawa meyakini pencipta mereka adalah dusta dan karut belaka..setiap agama  besar mewajibkan penganutnya mengakui kewujudan tuhan berdasarkan amalan dan ajaran telah digariskan oleh asas pegangan agama mereka..

walau berbeza cara namun asas tetap menekankan kepercayaan wujudnya tuhan..

bagi islam tiada tuhan yang disembah melankan ALLAH..MAHA ESA DAN MAHA BERKUASA ATAS SEGALANYA..