Kembali Mencari Fitrah Diri

Kekuatan Jiwa daya Kemantapan Fizikal dan Minda

Rabu, 27 April 2011

Perkongsian Hikmah- Nilai amanah

renungkan situasi berikut:

Samarudin adalah seorang pekerja yang terlibat dengan tugasan untuk membekalkan minuman ke dalam vendor mesin. Tugasannya tidaklah seberat mana tetapi beliau terpaksa mengulangi kerja yang sama berulangkali kerana jualan dari mesin tersebut sangat laris. Lokasi mesin yang diletakkan dikawasan kilang membuat kenderaan tersebut menjadi tumpuan pekerja kerana jarak untuk ke kantin agak jauh tambahan pula mereka terpaksa beratur menunggu minuman disiapkan.Hasil jualan amat memberangsangkan dan syarikatnya telah memperolehi keuntungan yang amat lumayan.

Dalam keadaan tertentu, samarudin terpaksa membaiki sendiri mesin tersebut sekiranya rosak atau gagal berfungsi. Pihak syarikat meletakkan sepenuh kepercayaan kepada beliau untuk menguruskan mesin tersebut kerana jarak pejabat ke lokasi tersebut agak jauh. Semasa memabiki kerosakan mesin tersebut , beliau sering menemui kepingan duit syiling yang terlekat atau tersangkut di dalam mesin tersebut.

Situasi begini memberinya kesempatan untuk mengambil duit tersebut kerana tiada siapa yang mengawasi dan memerhati tindakan beliau, tambahan pula wang tersebut tidak dicatatkan pada jumlah kutipan yang direkodkan oleh mesin tersebut.

Pada masa yang sama, beliau sering mengalami masalah kewangan kerana terpaksa menunggu gajinya dibayar pada hujung bulan. Manakan tidak,beliau terpaksa menanggung kos makan dan minum serta kos ulang alik ke tempat kerja disamping itu terpaksa membayar tol dengan duit sendiri sebelum boleh dituntut dari pihak syarikat. Pada masa tertentu , kenderaan yang digunakan mengalami kerosakan dan perlu dibaiki dngan segera. Keadaan ini memberi tekanan kepada beliau. Pihak syarikat pula tidak membayar bayaran lebih masa dan hanya memberi komisen kutipan jualan air mesin minuman tersebut.

Sebagai seorang pekerja dan tekanan yang dihadapi, ada masanya beliau terpaksa menggunakan duit yang tersangkut tersebut tanpa pengetahuan pihak syarikat.

Apakah pandangan anda?
Bagaimanakah anda menilai tindakan Samarudin ?
Pernahkah anda mengalami sitausi seperti ini? apakah situasi tersebut ?
Adakah ini salah satu punca berlakunya amalan pecah amanah?
Wajarkah syarikat tersebut bersikap lepas tangan sedangkan tanggungjawab
tanggungjawab menjaga pekerja adalah tanggungjawab syarikat?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan