Kembali Mencari Fitrah Diri

Kekuatan Jiwa daya Kemantapan Fizikal dan Minda

Selasa, 26 April 2011

Amanah - penjelasan 3

             Apakah kesan kepada kehidupan manusia sekiranya nilai amanah diabai dan dipersendakan? sudah tentu tidak wujud lagi soal memberi kepercayaan kepada orang lain untuk melaksanakan sesuatu tanggungjawab dan tidak mungkin ada orang yang sanggup menerima tanggungjawab tersebut kerana tidak wujud sikap saling percaya mempercayai. Apakah ukuran yang paling utama dalam membuat keputusan? Sudah tentu untuk mengambil sesuatu langkah yang mana ada kepentingan untuk diri sendiri dan juga pastinya melibatkan ornag lain.Mana mungkin dapat memngambil sesuatu keputusan dengan saksama sekiranya batas kepercayaan diri kepada orang lain masih kabur dan ragu. Hasilnya masyarakat akan jadi porak peranda dan jaminan keselamatan seakan sudah tidak terdapat di mana-mana.

              Kesan yang paling serius ialah ianya akan merosakkan satu sistem sosial dan nilai keutuhan sesebuah masyarakat kerana tiada siapa akan mempercayai kepada orang lain andainya nilai amanah bukan lagi nilai yang dijunjung atau diletakkan pada keutamaan yang tertinggi. Pegawai yang rasuah kerana pelanggan percaya untuk memudahkan sesuatu dengan memberi ganjaran dan pegawai pula percaya semua orang yang berurusan dengannya pasti akan melakukan yang sama. Hasil yang tidak disedari , satu budaya dalam masyarakat telah mula berakar dan bakal merimbun seterusnya akan bertunjang dan membiak hinggakan sukar untuk dihapuskan.

              Kesan kepada sesebuah negara yang masih lagi menganggap bahawa nilai amanah adalah nilai murni yang unggul tetapi mengambil sikap sambil lewa dalam penguatkuasaannya akan menjerumuskan negara tersebut kearah kehancuran dalam pelbagai aspek terutamanya kewangan dan paling utama sekali melibatkan soal keselamatan sesebuah negara. Seorang pemimpin yang bertindak membawa maklumat penting negara kepada pihak luar yang berkepentingan atau dalam ertikata lain bertindak khianat dan tidak amanah bakal mengundang bahaya yang amat besar kepada jutaan rakyat dan generasi seterusnya dalam negara tersebut pada masa akan datang. Jangan jadikan alasan yang terlalu dangkal dan rendah tahap inteleknya untuk membinasakan negara sendiri hinggakan sanggup bersekongkol dengan pihak yang tidak selayaknya untuk dilayan dan di hormati.

               Keperibadian unggul seorang manusia yang sentiasa mendapat kepercayaan orang lain ialah tentang sikap amanah yang ditunjukkan kepada orang lain. sesiapapun pasti mengakui akan ketinggian peribadi orang bersikap amanah. Mereka tidak akan ragu bimbang untuk terus meletakkan kepercayaan kepada individu tesebut tanpa mengira betapa banyak nilai atau harga kepercayaan yang disandarkan. Hatinya tetap tenteram kerana keyakinan tentang sikap amanah orang tersebut mampu melebihi batas keraguan yang sudah dihitung.

              Amanah yang dipikul adalah kepercayaan yang dijunjung dari orang lain, bukan untuk kepentingan diri tapi menjaga maruah diri dari dicaci dan dikeji. Pasti ada ganjaran yang menanti kalau bukan didunia ini,,ingatlah Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui.

             

1 ulasan:

  1. Online Casino Gambling - Kadang Pintar
    Online 온카지노 casino 인카지노 gambling is a form of betting on football, 1xbet korean basketball, cricket, tennis, and other sports. In the case of online casinos, players only need to

    BalasPadam