Kembali Mencari Fitrah Diri

Kekuatan Jiwa daya Kemantapan Fizikal dan Minda

Selasa, 14 Disember 2010

Fitnah: Unsur kehancuran ketelusan kepercayaan persaudaraan

Salam

Dalam suasana getir menapis informasi dan maklumat dari pelbagai dataran dan muka ilmu ,tidaktermasuk bicara lisan serta berita dengar mulut..kita seakan terhampar kerana semakin keliru lantaran dipasak dengan pelbagai gaya dan rentak sesebuah berita itu dilapor dan disensasikan..kerana kita tidak rapat dengan sumber asal yang sebenar dan mampu memberi tunjuk bicara tentang perilaku dan situasi realistik bagaimana kejadian itu berlaku.

Maka tidak hairanla..pihak yang berkepentingan mula mencari suatu titik mula yang mampu membersih palitan diri dengan meletak sedikit perencah rasa dan bual bicara untuk menjadikan cerita yang semakin enak didengar dan lebih dramatik..bertitik  mula dari rentetan kejadian hinggalah kepada asal usul keturunan dan salasilah kekluargaan(jika berkaitan)

Dalam suasana masyarakat pula..cerita begini lebih berkisar tentang personaliti atau perwatakan salah seorang anggota masyarakat mereka sendiri..letak rendah tinggi harga diri turut diukur oleh mereka..kecuali bagi kejiranan nafsu nafsi..itu bukan soal..

Fitnah..bukan perkara baru dalam sejarah manusia..bercerai suami isteri angkara fitnah..bertikam sesama sahabat sendiri angkara fitnah..tergadainya negara juga angkara fitnah..maka ibu kehancuran itu mungkin datang dari fitnah juga.berleluasa fitnah jadi masyarakat punah ranah..berpecah belah..kebenaran yang terpisah dua.kepalsuan juga terpecah dua..maka tunggulah bencana menimpa...kerana penghujung kepastian menuntut juga taruhan nyawa..mempertahankan benar dan mengiakan dusta..

dari itu..selami dan siasatlah duduk perkara untuk semak betul atau dusta demi mengelakkan kita membuat keputusan yang memberi kesan kepada masa endatang sebelum penyesalan bertandang seperi pak kadok menang gelanggang balik telanjang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan