Kembali Mencari Fitrah Diri

Kekuatan Jiwa daya Kemantapan Fizikal dan Minda

Rabu, 27 April 2011

contoh amalan nilai amanah

Bersikap amanah terhadap anggota keluarga adalah satu kemestian yang pelu dilaksanakan oleh setiap anggotanya demi menjamin kelangsungan perhubungan yang harmoni dan membentuk keluarga yang sejahtera.

Salah satu contoh amalan amanah yang mesti diutamakan ialah melaksanakan tugasan yang telah diarahkan oleh ibu bapa dengan penuh tanggungjawab. Tugasan tersebut bukan bermakna tugasan semasa yang telah diarahkan tetapi meliputi semua tugasan rutin harian yang telah ditentukan sebelumnya. Tidak perlu ibubapa mengulangi setiap arahan pada sepanjang masa. Kesedaran menunaikan amanah tersebut sewajarnya bermula dari kesedaran diri sendiri.

Amalan nilai amanah bersama rakan sebaya pula adalah satu kemestian yang harus dilaksanakan. Rakan sebaya selalunya menjadi tempat rujukan untuk kita berkongsi masalah dan saling berkongsi pengalaman . Rakan sebaya adalah manusia yang penting dalam hidup kita selain dari anggota keluarga kita sendiri.

Menyimpan rahsia rakan sebaya seperti yang diamanahkan adalah salah satu contoh amalan nilai amanah yang harus di laksanakan. Kesanggupan rakan kita untuk berkongsi masalah yang menjadi rahsia dirinya adalah bukti betapa besarnya harapan mereka kepada diri kita. Sewajarnya kita menyimpan rahsia tersebut kerana perkara yang menjadi rahsia adalah perkara boleh menjejaskan peribadi rakan kita seandainya kita membocorkan kepada orang lain. Kita tidak mahu rahsia diri kita diketahui oleh orang lain ,begitu juga dengan rakan kita mereka juga mahukan kita bersikap demikian.

Bersama ahlimasyarakat juga dalah sebhagian dari keperluan hidup kita. Kita perlu bergaul dengan mereka dan berkongsi serba sedikit keseronokan atau kesediahan yang kita atau mereka alami.Masyarakat yang sejahtera akan sentiasa hidup dalam suasana berganding bahu , hati nyamuk sama dicicah, daging gajah sama dilapah.Bertanggungjawab menjaga keselamatan diri sendiri dan jiran disekeliling kita adalah satu tanggungjawab mulia andainya kita mampu melaksanakannya dengan ikhlas dan baik. Sebagai contoh ,ketika jiran kita tiada di rumah ,kita boleh melaksanakan tanggungjawab mengawasi rumah mereka dari sebarang cubaan untuk mencuri atau cubaan jenayah lain.

Bersikap amanah mencerminkan peribadi diri kita demi mendapat kepercayaan dari orang lain. Kepercayaan yang diberikan oleh lain perlu dilaksanakan sebagai tanggungjawab demi menjag maruah diri dari dpandang hiina dan dicaci.

2 ulasan:

  1. Karangan pidato manfaat nilai amanah kepada kita dalam aspek bertanggungjawab

    BalasPadam
  2. Karangan yg memuaskan tetapi fakta nya sedikit dan kurang isi-isi penting...teruskan usaha anda

    BalasPadam