Kembali Mencari Fitrah Diri

Kekuatan Jiwa daya Kemantapan Fizikal dan Minda

Isnin, 25 April 2011

Amanah -Penjelasan 2

             Kepentingan Amalan nilai amanah dalam kehidupan berkait rapat dengan keharmonian dan ketenteraman  jiwa , keselamatan harta benda, maruah dan kemakmuran hidup sejagat manusia didunia ini. 
             Nilai amanah sewajarnya menjadi nilai yang terunggul untuk diamalkan dan dihayati oleh setiap individu walau dimana sekalipun mereka berada tanpa mengira status dan taraf kedudukan atau kuasa yang boleh dimanipulasi untuk pentingan diri sendiri. Keadaan menyedari bahawa amanah adalah tanggungjawab yang perlu ditunaikan untuk menimbulkan kepercayaan orang lain, setiap individu pasti akan merasa bersalah atau sekurang-urangnya menyesal, andainya tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik.Keharmonian jiwa dan ketenteraman hidup bersama orang lain serba sedikit akan tergugat lantaran bimbang sikap tidak amanah tersebut akan menjerat diri sendiri bila ianya terbongkar. Bilamana seorang penjawat awam terlibat dalam salahlaku rasuah, pastinya jiwa dan hatinya tidak tenteram, bertimbal balik antara rasa bersalah dan takut.sedangkan pada hakikatnya dia sudah mengetahui , tindakan tersebut memang salah dan keji. 
               Secara umumnya sikap amanah menjurus kearah pembentukan peribadi yang harmoni dan tenteram meskipun dalam kadaan tertentu mreka terpaksa mengorbankan keinginan shahwat sendiri. Berpegang kepada nilai amanah ini sebenarnya satu ujian atas nilai keimanan dan keyakinan kepada ganjaran dan balasan dari Allah, tuhan sekelian Alam.Pada ajaran agama yang lain, nilai amanah diberi penekanan yang tinggi dan individu yang berpegang kepadanya di tempatkan sebagai orang mulia dan terpuji.Nilai amanah memupuk kesedaran bahawa perintah dan larangan dari Allah seperti yang diunjurkan oleh islam adalah mutlak , perlu dipatuhi dan taati oleh penganutnya tanpa rasa berbelah bahagi dan jauh sekali dari rasa ragu walau sebesar zarah pun melekat dihati. Amanah sebagai khalifah yang bertanggungjawab menguruskan kehidupan dan kesejahteraan dunia ini aan dinilai dan diberi balasan diakhirat nanti. 
               Pemimpin-pemimpin  besar dalam sejarah perkembangan islam telah membuktikan bahawa kejayaan hidup mereka , kehebatan peribadi dan kecemerlangan pemerintahan berpaksi kepada nilai amanah. Mereka mampu mengasingkan antara keperluan diri dan amanah kepada agama serta negara pada setiap ketika walaupun mempunyai peluang untuk mengambil bahagian tertentu bagi kepentingan kehidupan diri sendiri. Kegemilangan syiar islam begitu hebat . Kerajaan islam digeruni oleh oleh setiap musuh dan di hormati oleh rakan dan taulan . 

                                 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan